fbpx

Diserang netizen, Miera Liyana jadi ‘singa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar perkongsian Miera yang dikatakan merujuk kepada kecaman netizen terhadap dirinya.

PETALING JAYA – Gara-gara luahan anak tiri yang mendakwa bapa mereka culas melunaskan nafkah namun mampu bercuti di luar negara, Instagram Miera Liyana menjadi medan serangan netizen.

Pelakon berstatus isteri kedua kepada ahli perniagaan, Rosland Othman pada awalnya tampak enggan membalas kecaman yang bertalu-talu memasuki ruangan komen beberapa hantaran lamanya.

Selepas agak lama mendiamkan diri, Miera, 29, kemudian seakan-akan memberi amaran dengan berkongsi satu babak drama berjudul Peah Singa yang menunjukkan dirinya membawakan watak wanita garang dan digeruni.

Malah bintang filem Lebuhraya ke Neraka itu secara berseloroh menyatakan mahu merotan golongan yang degil selain sedang memerhatikan tingkah laku netizen.

“Sis (saya) perhatian saja netizen. Ni nak jadi Peah Singa ni,” tulisnya ringkas yang menyertakan emoji ketawa dan singa.

Terdahulu, nama Miera kembali memanas apabila terkait dengan isu suaminya, Rosland Othman yang gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib di mahkamah, minggu lalu.

Situasi semakin tegang selepas anak tirinya dikenali sebagai Izzah memuat naik ciapan Twitter mendakwa bapanya tidak menunaikan tanggungjawab kepada ibu dan adik-adiknya, tetapi menikmati percutian mewah di Vienna, Austria awal tahun ini bersama isteri kedua dan bayi mereka.

Pendedahan tersebut dikatakan terpaksa dilakukan selepas Rosland didakwa menyekat panggilan telefon ibunya, sekali gus mendapatkan keadilan buat insan kesayangan yang teraniaya.

Pada Jumaat lalu, Adibah menuntut Rosland menyelesaikan tuntutan nafkahnya serta hak anak-anak yang tidak dibayar bagi tempoh lebih setahun.

Selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021, lelaki terbabit juga didakwa tidak lagi melayan wanita terbabit sebagai isteri sejak mengahwini Miera pada 26 Julai 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI