fbpx

Saya yakin Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (kiri) dan Anwar (kanan).

PETALING JAYA –  PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa anaknya, Nurul Izzah tidak mungkin menyalahgunakan kedudukannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, pelantikan Nurul Izzah tersebut adalah kerana kepakaran dimilikinya dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus yang baik.

“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kontroversi yang mengaitkan pelantikan Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan amalan nepotisme.

Tegas Anwar lagi, anak sulungnya itu juga tidak menerima sebarang elaun walaupun dilantik menjawat jawatan terbabit.

Sebelum ini, media mengesahkan Nurul Izzah telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri dan telah memulakan perkhidmatnya sejak 3 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI