fbpx

Mas Idayu ‘sakit kepala’ cari salah Wani, Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemunculan pasangan Wani Kayrie dan Bella Astillah menerusi lagu Let It Go untuk segmen kedua pentas akhir Famili Duo membuatkan juri Mas Idayu ‘sakit kepala’ mencari kesalahan dalam persembahan mereka.

Menurut Mas Idayu, persembahan yang ditampilkan kedua-dua penyanyi itu cukup sempurna sehingga sukar untuk dinilai.

“Mana panadol? Kepala saya sakit nak cari kesalahan mereka. Apa lagi yang boleh saya komen kalau final persembahan anda begini,” puji Mas Idayu.

Sementara itu, Ajai pula jatuh hati dengan bakat Wani apabila mengagumi kehebatan dan keunikan vokal penyanyi berusia 24 tahun itu.

“Saya tertarik dengan vokal Wani. Vokal Bella juga baik dan tersendiri. Tapi untuk Wani, saya rasa dia ada ‘barang’,” kata Ajai.

Untuk persembahan kedua, Wani dan Bella mendapat markah penuh daripada Mas Idayu, manakala Ajai dengan sembilan markah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI