fbpx

Lelaki berkelakuan lucah atas motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video suspek yang berkelakukan lucah ketika menunggang motosikal di Jalan Teroi-Sungai Yan di Yan berjaya ditahan pada petang ini.

YAN – Dua wanita ketakutan apabila diekori seorang lelaki berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal di Batu 22 Jalan Teroi-Sungai Yan, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudara perempuan berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini.

Menurut Nur Wahida, seorang penunggang motosikal tiba-tiba membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

“Kami ketakutan kerana lelaki itu berkelakuan lucah sebelum pergi, lepas sedar ada kereta di belakang tapi rasa lega tu tak berpanjangan apabila dia hanya berhenti di tepi jalan dan mengekori motosikal kami semula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, walaupun dalam ketakutan, dia sempat merakam aksi lelaki itu menggunakan telefon bimbit sebelum terus memecut motosikal dan kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji memberitahu, suspek berusia 26 tahun ditahan pada petang ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI