fbpx

Tengku Permaisuri Selangor pakai baju sekolah hadir konsert Melly Goeslaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang awam menunjukkan Tengku Permaisuri Norashikin manis mengenakan pakaian sekolah ke konsert Melly Goeslaw.

PETALING JAYA – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai apabila mengenakan pakaian baju sekolah ketika menghadiri konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw malam tadi.

Di dalam satu video perkongsian orang awam, dilihat Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.

Turut dilihat mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Di dalam satu video, kelihatan Raja Permaisuri Agong berarak masuk ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Tengku Permaisuri Norashikin serta beberapa barisan selebriti lain.

Antaranya ialah, Fattah Amin dan isterinya, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang dilihat turut memakai pakaian sekolah.

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Tiket konsert bermula harga RM288 sehingga RM1588 mula dijual pada 2 Disember lalu dan laris hanya dalam masa 24 jam sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI