fbpx

SKM beri tiga bulan moratorium kepada koperasi yang terjejas akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benedick (dua dari kanan) menanam pokok sebagai simbolik pada Sesi Sembang Santai YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Masyarakat Orang Asli Perak di PKOAP, Simpang Pulai hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersetuju memberi moratorium kepada koperasi yang terjejas akibat banjir.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya telah bersetuju memberi moratorium sehingga tiga bulan kepada mana-mana premis koperasi yang terjejas akibat banjir.

“Ya, setuju. Moratorium ini akan diberi sehingga tiga bulan kepada koperasi supaya mereka dapat memberi fokus lebih besar terhadap kesan banjir tersebut manakala pinjaman boleh dibuat selepas tiga bulan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Sesi Sembang Santai bersama Masyarakat Orang Asli Perak di Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini.

Menurutnya, mana-mana pihak koperasi yang terlibat dengan bencana banjir boleh memohon moratorium kepada SKM.

Dalam pada itu, beliau berkata, SKM menawarkan pembiayaan biasiswa ahli koperasi atau anak-anak yang koperasi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

“SKM bersama Institut Koperasi Malaysia bersetuju menawarkan biasiswa kepada anak ahli koperasi mahupun ahli koperasi yang melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, UKKM yang dikendalikan Institut Koperasi Malaysia (Ikma) dijangka mula mengambil kemasukan pelajarnya sulung pada bulan Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI