fbpx

Shahrir lepas jawatan Ketua Bahagian Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir

JOHOR BAHRU – Setelah lebih 40 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini umum melepaskan jawatan tersebut menjelang pemilihan parti pada penggal ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas UMNO Johor di Bangunan UMNO hari ini.

Beliau berkata, UMNO Johor menghormati keputusan Shahrir yang mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.

“Itu bermakna beliau tidak lagi dalam perhubungan UMNO Johor selepas ini. Maka, kita ucapkan terima kasih dan hargai sumbangan beliau selama ini dalam UMNO Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Bendahari UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Shahrir, 73, yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian tersebut sejak 1980an.

Pada tahun 1988, Shahrir melepaskan kerusi Parlimen Johor Bahru dan bertanding semula sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi parlimen berkenaan. Beliau yang menang kerusi itu sebagai calon bebas kembali menyertai UMNO semula setahun kemudian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI