fbpx

Hon Jian gandingan baharu Sze Fei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (depan) akan digandingkan bersama Hon Jian selepas mengambil keputusan berpisah dengan Nur Izzuddin bagi pasangan beregu lelaki negara.

PEMAIN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei bakal digandingkan bersama pemain beregu campuran Choong Hon Jian selepas membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dengan Nur Izzuddin.

Perkembangan itu disahkan sendiri Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky selepas melihat gandingan baharu Hon Jian-Sze Fei mempunyai keserasian yang baik dan mampu pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, Rexy Mainaky­ perlu melakukan perbincangan dengan jurulatih beregu ­campuran negara, Nova Widianto untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ sebelum diputuskan.

“Sze Fei – Hon Jian saya boleh cakap ia mungkin 80-90 peratus akan digandingkan. Jadi, saya akan berhubung dengan Nova bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kalau kita lihat usia Hon Jian ketika ini, bagi saya kalau digandingkan bersama Sze Fei ia cukup baik apatah lagi ia akan bagi pendedahan baik kepada pemain ini. Malah, dia juga sesuai dengan permainan Sze Fei yang merupakan seorang playmaker.

“Jika kita lihat pasangan Sze Fei iaitu Izzudin, dia ada kekuatan dan saya lihat Hon Jian ada kelebihan itu. Waktu kita gandingkan mereka (Hon Jian-Sze Fei), mereka ada keserasian yang sangat baik dalam gelanggang ketika menentang Man Wei Chong-Tee Kai Wun baru-baru ini.

“Saya sudah berbincang perkara ini bersama Tan Bin Shen dan Hoon Thien How, mereka bersetuju dengan keputusan itu.

“Selepas ini saya akan menghubungi Nova sama ada pemain itu bersedia atau tidak. Keputusan itu saya akan buat selewat-lewatnya minggu depan,”katanya.

Untuk rekod, Hon Jian yang kini berpasangan bersama Yap Ling dalam acara beregu campuran pernah mempunyai pengalaman beraksi dalam acara beregu lelaki apabila bergandingan bersama Kai wun dan Cheng Tan Jie sebelum ini.

Dalam pada itu, Rexy mengambil pendekatan kunci mulut ber­kenaan gandingan baharu buat Nur Izzuddin dan hanya memaklumkan akan berjumpa dengan pemain itu serta pasangan baharunya pada Isnin ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI