fbpx

Bunuh, tanam suami kekasih belakang banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan plastik diisi mayat mangsa yang ditanam di belakang lereng bukit pusat belakang sebuah pusat jagaan orang tua, Subang Jaya, Mei tahun lalu.

SUBANG JAYA – Gara-gara hubungan sulitnya terbongkar, seorang lelaki warga asing tekad membunuh suami kekasihnya sebelum bertindak menanam mangsa di lereng bukit di belakang sebuah pusat jagaan orang tua, Subang Jaya, Mei tahun lalu.

Pembunuhan tragis lelaki berusia 25 tahun itu terbongkar selepas suspek membuat pengakuan kepada rakannya bahawa dia telah membunuh suami kekasihnya itu sekitar pukul 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dibunuh dengan dikelar pada leher oleh suspek menggunakan pisau, bagaimanapun pisau masih belum dijumpai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ekoran daripada pengakuan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Domestik (BSJD) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat terhadap suspek sebelum ke lokasi kejadian bunuh dan tempat mangsa ditanam.

“Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua yang terletak di kawasan Subang Jaya.

“Pihak kami bersama pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah menjumpai bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, motif pembunuhan disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit rakan senegaranya itu dengan isterinya.

Jelasnya, hubungan mangsa dan suspek adalah rakan sekerja di rumah kebajikan orang tua tersebut termasuk juga isteri mangsa yang bekerja di situ.

“Sehubungan itu, tangkapan pertama dibuat pada kelmarin melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga India di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sementara itu, tiga lagi wanita yang ditangkap semalam akan ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Wan Azlan, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI