fbpx

Penjaja diberi ruang niaga percuma di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaja dibenarkan berniaga secara percuma di luar kompleks beli-belah Samyan Mitrtown, Bangkok dari Isnin hingga Jumaat. - The Nation Thailand

BANGKOK – Pengendali kompleks beli-belah Samyan Mitrtown bersetuju menyediakan ruang bersebelahan bangunannya di Soi Chula 42 untuk digunakan secara percuma oleh penjaja dari Isnin hingga Jumaat, lapor portal berita The Nation of Thailand hari ini. 

Ia adalah sebahagian daripada projek Hello Hab-Re atau Hello Penjaja di luar kawasan Samyan Mitrtown di Jalan Rama IV yang dipengerusikan oleh Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt.

Projek itu akan menyusun semula penjaja dan peniaga jalanan di bandar raya dengan memperuntukkan kawasan sesuai dan tidak menghalang laluan pejalan kaki. 

Chadchart berterima kasih kepada Samyan Mitrtown kerana menyediakan ruang itu dan berkata, ia akan meningkatkan peluang membeli-belah, mempromosikan usahawan kecil dan membantu mengemaskan susun atur peniaga kecil dibandar raya tersebut. 

Beliau berharap lebih ramai pemilik hartanah swasta akan menyertai projek itu pada masa akan datang.

“Projek ini tidak memerlukan majlis bandar raya untuk melabur dalam membina lebih banyak ruang untuk peniaga jalanan tetapi sebaliknya menggalakkan penggunaan ruang sedia ada secara sepenuhnya,” kata Chadchart.

“Jika semua pihak bekerjasama, saya percaya Bangkok mempunyai ruang yang cukup untuk semua orang. Kita mesti belajar berkongsi untuk menjadikan bandar raya ini lebih sesuai untuk didiami,” tambahnya

Gabenor itu berkata, semua penjaja yang menyertai projek Hello Hab-Re di Samyan Mitrtown telah melepasi piawaian makanan dan kebersihan Pejabat Daerah Pathumwan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI