fbpx

Filem Pulau, perlawanan Arsenal-Manchester United tertinggi carian Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan Arsenal dan Manchester United merupakan anatara carian tertinggi di Google

PETALING JAYA – Perlawanan Arsenal menentang Manchester United dan filem Pulau adalah antara top10 carian ‘trending’ sepanjang Januari tahun ini.

Dalam perlawanan separuh musim Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, Eddie Nketiah dari Arsenal merangkul kemenangan 3-2 untuk pasukannya menentang Red Devils dengan gol jarak dekat yang dijaringkan pada minit ke-90.

Sementara itu, filem ‘Pulau’ mendapat tempat ke-8 carian, apabila tayangan trailer filem seram tersebut mengundang kritikan terhadap kesesuaian filem itu untuk tontonan tempatan.

Seterusnya, dalam perlawanan PSG bertemu Al-Nassr, Messi dari PSG dan Cristiano Ronaldo yang baru menyertai kelab Al-Nassr dalam Piala Musim Riyadh mendapat perhatian ramai.

Pasukan Thailand meranapkan harapan Harimau Malaya untuk merebut Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, setelah mereka menjaringkan gol 3-0 pada 10 Januari lalu.

Beralih ke sukan badminton, beregu wanita, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan berjaya naik ke podium Kejohanan Indonesia Masters 2023 setelah menewaskan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia rancak menyemak status dan kelayakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang bernilai RM300.

Turut berada di Top10 carian, Terbuka Australia pertama daripada empat Grand Slam tahun ini, menyaksikan pilihan peminat Naomi Osaka dan Novak Djokovic mendominasi dalam kategori masing-masing.

Liga Perdana Bangladesh (BPL) 2023 dalam musim kesembilannya telah menyaksikan penampilan sulung Naseem Shah untuk Comilla Victorians dan rakan sepasukan Mohammad Air memintas Wahab Riaz dalam senarai pengambil wiket.

Susulan perayaan Tahun Baharu Cina, orang ramai dilihat mencari cara terbaik untuk menghantar ucapan khusus kepada rakan dan keluarga yang meraikan perayaan tersebut.

Selain itu, carian tiga perlawanan bersiri kriket, One Day Intenational (ODI), New Zealand dan Pakistan juga mendapat sambutan.

Pakistan menang dengan 6 wiket dalam ODI pertama manakala New Zealand menang dalam ODI ke-2 dan ke-3 dengan 79 larian dan 2 wiket masing-masing. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI