fbpx

Mahkamah: Emilia Hanafi beri keterangan kes dipukul bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emilia Hanafi.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya itu.

Majistret Nadia Othman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal untuk Emilia dipanggil dahulu memberi keterangan.

Justeru, Emilia dijangka akan memberi keterangannya sebagai saksi pendakwaan pada pukul 2.30 petang ini.

“Kes sejak 2016 (pertuduhan) dan 2021 bermula perbicaraan. Mahkamah tidak pernah melapangkan kes itu, pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) yang memohon perkara berkenaan. Mahkamah bersedia mendengar kes ini tanpa gangguan.

“Tiada alasan munasabah dikemukakan (tidak panggil Emilia beri keterangan petang ini), mahkamah tangguh bicara ke 2.30 petang ini untuk kemukakan saksi itu (Emilia). Saya juga ingin mengingatkan dan memberi amaran keras supaya mana-mana pihak tidak memuat naik (posting di media sosial) yang boleh ganggu perjalanan kes,” kata Majistret Nadia.

Terdahulu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal berhujah pengadu (Emilia) perlu dipanggil dahulu kerana beliau merupakan ‘crown dan key witness’ di dalam kes ini.

“Keterangan beliau (Emilia) adalah penting untuk mengesahkan fakta berkaitan hari kejadian yang berlaku pada 22 November 2015 (kejadian tersebut).

“Pengadu perlu dipanggil dahulu adalah untuk kepentingan keadilan (in the interest of justice) serta isu ini sedikit sebanyak akan memprejudiskan terhadap anakguam kami kerana terdapat banyak dokumen pihak pembelaan berkait rapat dengan pengadu,” katanya.

Beliau berkata adalah wajar pengadu seharusnya dipanggil dahulu berbanding dengan saksi-saksi pendakwaan lain.

“Sudah menjadi amalan kebiasaan bahawa di dalam kes pukul yang terkandung di dalam seksyen 323 Kanun Keseksaan, mangsa akan dipanggil dahulu sebagai saksi utama pendakwaan bagi memberikan keterangannya” kata peguam itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI