fbpx

Dikecam gara-gara arah pekerja pasar raya bantu angkat barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang dimuat naik semula di Twitter.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita memarahi pekerja sebuah pasar raya terkemuka kerana enggan membantunya mengangkat barang-barang yang dibeli mengundang kecaman orang ramai.

Wanita tersebut yang juga merupakan seorang peniaga pencuci mulut terkenal telah membuat siaran langsung di akaun TikToknya dan meluahkan rasa kesalnya terhadap pekerja pasar raya itu.

Melalui video itu katanya, dia berasa kesal apabila sudah berbelanja sebanyak RM5,000 di pasar raya berkenaan, tetapi pekerja pasar raya itu enggan membantunya membawa barang-barang yang dibeli ke kenderaannya.

Tindakan wanita itu bagaimanapun menerima kecaman daripada orang ramai yang menganggap dirinya sombong dan tidak bertimbang-rasa.

“Pekerja dah penat buat kerja dari pagi sampai malam, lepas itu kena angkat stok, susun stok. Kamu sedap-sedap saja nak arahkan mereka angkat barang yang kamu beli sedangkan itu tiada dalam polisi kerja mereka,” kata Melur.

“Sebagai bekas pekerja pasar raya, tiada polisi begitu. Kalau kami nak buat, itu ikut atas ehsan kami,” kata Badri.

“Pasar raya besar, mereka ada beribu pelanggan setiap hari tidak ada masa mahu bantu kamu angkat barang ke kereta,” kata Syuhada.

“Saya pernah beli beras 20 kampit untuk didermakan, saya tanya elok-elok pada pekerja mereka dan mereka bantu saja bila ada masa lapang. Baik-baik saja kakitangan mereka, mungkin cara awak minta tolong?,” kata Sue. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI