fbpx

Walimatul Urus Perdana akan diteruskan bulan Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis akad nikah diadakan pada Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Naurah Care yang aktif melaksanakan pelbagai program membantu golongan yang memerlukan termasuk bakal pengantin untuk menganjurkan majlis perkahwinan dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini, mahu menjadikan Majlis Walimatul Urus Perdana sebagai satu acara tahunan.

Naurah Care adalah pertubuhan kemanusiaan yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengendalikan program julung kali itu di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim berkata, program tersebut telah mendapat sam­butan menggalakkan daripada pelbagai pihak sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu tarikan kepada pelancong asing bagi mengetengahkan budaya majlis perkahwinan yang penuh dengan adat Melayu.

 

“Kami jangkakan majlis sete­rusnya adalah pada bulan ­Disember ini, bagaimanapun jumlah pengantin yang terlibat pada masa itu belum dipastikan kerana bergantung kepada pihak MAIWP.

“Apa yang penting kini maj­lis berkenaan dan juga pelbagai aktiviti lain yang diadakan sepanjang dua hari karnival tersebut berlangsung telah berjaya mengetengahkan pelbagai akti­viti dan peranan ekonomi MAIWP yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena penganjuran majlis tersebut baru-baru ini.

Majlis Walimatul Urus Perdana melibatkan seramai 100 pasangan pengantin dalam pe­nganjuran perkahwinan secara besar-besaran yang bertemakan Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam.

Terdapat beberapa pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail.

Selain menerima wang tunai RM2,000 sebagai hadiah perkahwinan, mereka turut di diarak menaiki bas Hop on Ho Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan juga bersanding di atas pelamin yang disediakan.

Jamuan makan yang dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing dengan jumlah yang terhad turut memeriahkan majlis berkenaan.

MAIWP telah menawarkan skim bantuan perkahwinan sejak tahun 2006 yang bernilai antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada kumpulan sasarannya.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus.

Pada tahun 2022, MAIWP te­lah membantu sebanyak 412 pe­nerima dengan melibatkan per­belanjaan sebanyak RM1.08 juta.

Sehingga bulan Disember lalu, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta telah di­belanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan zakat manakala sebanyak RM30.86 juta pula telah dia­gihkan menerusi institusi pendidikan di bawah agensi tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI