fbpx

Song Hye-kyo dibayar RM700,000 per episod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG HYE-KYO

SEORANG wartawan media Korea Selatan, Ahn Jin-young mendedahkan bayaran yang diterima pelakon gred A negara tersebut untuk satu episod naskhah lakonan mereka bagi tahun ini.

Secara keseluruhan, kebanyakan pelakon akan menerima hampir RM1 juta bagi satu episod. Jika dikira pendapatan untuk keseluruhan episod, pelakon tersebut akan menerima bayaran se­tinggi RM17 juta (kiraan untuk 16 episod).

Jin-young mendedahkan bahawa pelakon wanita menerima bayaran lebih rendah berbanding pelakon lelaki.

Bagaimanapun, Jeon Ji-hyun dan Song Hye-kyo antara pelakon wanita yang menerima bayaran termahal sehingga hampir 200 juta won *(RM690,000) untuk setiap episod.

Dengan pendedahan tersebut, pendapatan Hye-kyo dianggarkan hampir RM 700,000 setiap episod drama siri The Glory yang disiarkan dalam saluran penstriman digital Netflix.

Dijangkakan, aktres itu menerima bayaran lebih tinggi untuk projek akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI