fbpx

Ibu tunggal sujud syukur dalam mahkamah, terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huda Humairah hanya disabitkan atas satu pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dari tarikh ditangkap 13 Oktober 2018.

MELAKA – Seorang ibu tunggal empat anak menangis teresak-esak dan membuat sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas terlepas daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah pada 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Anselm Charles Fernandis melepaskan tertuduh, Karen Liang Moi Yin, 43, daripada hukuman itu selepas selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap enam daripada tujuh pertuduhan yang dihadapkan.

Katanya, penelitian terhadap laporan forensik dan analisis Asid deoksiribonukleik (DNA) pada sikat dan tuala tertuduh serta Orang Kena Tuduh (OKT) kedua mendapati terdapat beberapa individu lain yang tidak dikenali.

“Tuala dan sikat yang dijumpai dalam tandas di apartment tersebut adalah bersambung dengan bilik di mana dadah tersebut dijumpai. Terdapat beberapa set kunci turut diberikan kepada pelbagai pihak,” jelasnya.

Mengikut dua pertuduhan, Karen atau nama Islamnya, Huda Humairah didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 142.09 gram dan dadah jenis MDMA seberat 1139 gram di sebuah bilik pangsapuri di Jalan Persisiran Bunga Raya dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 4.30 pagi pada 13 Oktober 2018.

Sementara itu, di bawah pertuduhan Seksyen 12(2) ADB 1952, tertuduh berdepan dua lagi pertuduhan memiliki dadah jenis Monoacetylmorphine seberat 1.10 gram dan dadah jenis heroin seberat 2.18 gram.

Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara empat tahun penjara terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap pada 13 Oktober 2018 atas kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20.25 gram.

Perbicaraan bermula pada 15 September 2020 dengan seramai 19 orang saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan dan tiga orang daripada pihak pembelaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI