fbpx

[VIDEO] Bomba selamatkan lelaki terjun Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda berjaya diselamatkan selepas bertindak terjun dari Kilometer 1, Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas dikatakan bertindak terjun dari Kilometer 1, Jambatan Pulau Pinang di Perai menghala ke pulau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun dipercayai bertindak sedemikian ketika air laut di kawasan itu hanya berada pada paras cetek.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 11.22 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa sebelum itu telah meninggalkan motosikal miliknya jenis SYM di tepi jambatan sebelum bertindak terjun ke laut.

“Tindakan pasukan bomba adalah dengan memberi bantuan tali penyelamat bersama ‘life jacket’ untuk mangsa bergerak. Kawasan yang mangsa terjun, paras air laut hanya di paras cetek.

“Seterusnya, mangsa dinaikkan ke atas dengan bantuan jentera (kren) baik pulih jambatan dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI