fbpx

Sophia, Aliff kerja secara profesional – Osman Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSMAN mengakui tiada kelakuab pelik antara Sophia dan Aliff sepanjang berlakon sebagai pasangan hero dan heroin dalam drama arahannya.

PETALING JAYA – Pengarah filem juga drama terkenal, Osman Ali mengakui langsung tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara pasangan hero heroinnya, Sophia AlBarakbah dan Aliff Azizi sehingga menimbulkan kekecohan sejak pengakuan panas Bella Astillah, Ahad lalu.

Osman ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak melihat petanda ‘pelik’ membabitkan Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran naskhah naskhah Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Sophia dan Aliff Aziz sebagai pasangan kekasih.

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

“Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” ujarnya.

Tambah pengarah filem Telaga Suriram itu lagi, dia tahu tentang pengakuan yang didedahkan oleh isteri kepada Aliff iaitu Bella tentang seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Namun, Osman enggan tidak tahu siapa pelakon yang dimaksudkan Bella dan enggan menuduh siapa-siapa.

“Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti,” ujarnya.

Ketika disoal tentang kelakuan antara Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran, Osman berkata dia tidak melihat ada masalah antara kedua-duanya.

Kemesraan yang ditonjolkan antara kedua-dua pelakon itu hanya ketika bekerja demi penghayatan watak masing-masing.

“Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Osman mengakui berasa sedikit hairan dengan berita yang dilaporkan tentang Sophia. Dia sekali gus menolak sengaja mahu mencipta cerita sebegitu untuk meraih publisiti drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya hairan dengan berita yang dilaporan. Kami tidak buat publisiti untuk drama ini. Bagi saya, itu satu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan cerita sebab boleh merosakkan reputasi pelakon.

“Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja.

“Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Sophia yang pernah membintangi filem Mimaland tiba-tiba meledak selepas Bella mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Gara-gara pendedahan tersebut, netizen mengesyaki pelakon wanita yang dimaksudkan Bella ialah Sophia memandangkan  kedua-duanya bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sehingga pelakon berusia 29 tahun itu dikecam hebat netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI