fbpx

Saksi kejadian kereta terbakar di Seksyen 51 diminta tampil beri maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Proton Saga yang terbakar dalam kejadian di Jalan Tandang, Seksyen 51, di sini semalam.

PETALING JAYA – Pihak polis meminta mana-mana individu atau saksi untuk tampil memberi maklumat berhubung kejadian sebuah kereta terbakar di Jalan Tandang, Seksyen 51, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan kejadian kebakaran sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki warga emas berusia 66 tahun kira-kira pukul 10.16 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.30 malam, semasa melalui tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh mangsa dipercayai mengalami masalah teknikal dan mula terbakar.

“Mangsa yang cuba memberhentikan kereta dipandunya dibahu jalan telah mengalami kesukaran untuk keluar daripada kenderaan kerana api mula marak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian badan telah di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Siti Saharah Edeham ditalian 017-6718959 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI