fbpx

Kami mahu jadi juara Asia – Marhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARHAN (kiri) mahu rakan-rakan sepasukannya terus mempercayai kemampuan diri dan menunjukkan kemahuan tinggi untuk bangkit pada kejohanan antarabangsa akan datang.

BHUBANESWAR – Kapten Malaysia, Muhammad Marhan Mohd. Jalil menegaskan bahawa sasaran skuad hoki kebangsaan tidak pernah berubah iaitu jadi juara Sukan Asia di Hangzhou, China pada September depan.

Justeru, Marhan berharap rakan-rakan sepasukan dapat mengambil iktibar dan pengalaman daripada kempen Piala Dunia Hoki 2023 yang melabuhkan tirainya di Stadium Kalinga kelmarin sebagai pengajaran berguna apabila beraksi pada Sukan Asia nanti.

Bagi Marhan, banyak pengajaran bermanfaat diperoleh daripada Piala Dunia Hoki itu yang dilihat mampu mematangkan corak permainan Speedy Tigers untuk mencapai misi utama iaitu pingat emas Sukan Asia Hangzhou.

Justeru, pemain pertahanan tengah berusia 32 tahun itu mahu rakan-rakan sepasukan terus mempercayai kemampuan diri dan menunjukkan kemahuan tinggi untuk bangkit dalam kejohanan antarabangsa seterusnya nanti.

“Semua pemain sudah buat sedaya upaya dan tunjukkan ­usa­ha serta komitmen yang tinggi untuk mendapatkan keputusan terbaik. Malangnya kami gagal ke suku akhir di Piala Dunia ini.

“Namun, kami perlu percaya diri dan rakan sepasukan bahawa kami akan terus berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Sasaran kami tidak pernah berubah iaitu jadi juara Sukan Asia.

“Saya harap ia akan berlaku kali ini. Kami akan terus bekerja keras dan tak boleh leka seperti apa yang terjadi di sini kerana setiap perlawanan amat penting dalam mana-mana kejohanan,” katanya.

Marhan yang mempunyai 284 kaps antarabangsa, juga berharap mereka mendapat lebih banyak pendedahan berintensiti tinggi menentang lawan-lawan Eropah untuk memaksimumkan kekuatan pasukan pada tahap lebih bagus.

Speedy Tigers menutup kempen Piala Dunia kali ini di kedudukan ke-13 selepas menewaskan Jepun 3-2 dalam klasifikasi 13 hingga 16 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI