fbpx

Kuota haji Indonesia tahun ini seramai 221,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH haji Indonesia bersiap sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 4 Jun 2022. – AFP

JAKARTA – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan kuota jemaah haji Indonesia pada tahun ini ditetapkan seramai 221,000 jemaah tanpa mengambil kira had usia,  lapor saluran berita Liputan 6 hari ini.

Pengumuman itu dibuat susulan kesepakatan  yang dicapai antara pemerintah Arab Saudi dan Indonesia berhubung penyelenggaran ibadah haji 1444 Hijrah/2023 Masihi.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata, daripada jumlah 221,000 jemaah pada musim haji kali ini, seramai 203,320 orang merupakan jemaah haji biasa, manakala 17,580 lagi adalah jemaah khas dan baki kuota tersebut  untuk petugas haji Indonesia.

“Alhamdulillah, misi haji 2023 telah bermula.  Saya hari ini telah menandatangani persetujuan haji dengan Menteri Haji Arab Saudi.

“Kuota haji Indonesia pada tahun ini ialah seramai 221,000 jemaah,” kata beliau di Jeddah seperti yang dipetik oleh kanal News hari ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI