fbpx

Shila Amzah tak percayakan cinta peluang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH

BUKAN tak mahu memberi peluang kedua tetapi tidak percaya dengan perkara tersebut.

Itulah yang diungkapkan penyanyi Shila Amzah dalam sebuah video baru-baru ini apabila ditanya mengapa tidak menyambung semula hubungan cinta yang pernah putus.

“Allah sudah beri peluang kepada kita bersama tetapi tidak ada jodoh, bila tak sesuai kenapa nak paksa.

“Saya tak percaya hubungan kedua dalam percintaan. Berbeza untuk hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Ini untuk sayalah,” katanya.

Diva suka dengan jawapan yang diungkap Shila. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi mengapa hendak meneruskan sesuatu yang pernah melukakan hati.

Kita doakan Shila dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik dan mampu menjaga dia dan anaknya dengan sempurna.

DIVA: Baru awal tahun, dunia hiburan dah dibanjiri pergolakan rumah tangga selebriti tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI