fbpx

Gopal Sri Ram meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia tengah hari ini.

Minggu lalu, beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta kerana jangkitan paru-paru.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P.Kunyalam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Beliau meninggal dunia lebih kurang pukul 12.15 tengah hari,” katanya.

Untuk rekod, mendiang yang berusia 79 tahun itu mengetuai pendakwaan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain kes Najib, mendiang juga turut mengetuai pendakwaan bagi kes rasuah isteri Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI