fbpx

6,000 perserta meriahkan MAIWP Run Powered by PPZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im (tiga dari kanan) bersama-sama Mohd Daud (tiga dari kiri), Adam Adli (empat dari kiri) dan Abdul Aziz (kanan) turut menyertai larian pada Program MAIWP Run, di Jalan Raja Laut, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Seramai 6,000 peserta hadir memeriahkan program MAIWP Run Powered by PPZ anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Sebanyak dua kategori diadakan iaitu larian sejauh tiga kilometer dan lima kilometer yang bermula pukul 7 lagi di Dataran DBKL dan berakhir di Dataran Merdeka.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz berkata, dengan tema ‘Unity In Diversity’, peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur, agama dan latar belakang termasuklah para pelajar, orang kurang upaya (OKU), badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

“Memang tepat sekali tema acara hari ini apabila peserta-peserta yang hadir merangkumi pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Lima ke 10 peratus peserta hari ini terdiri daripada bangsa lain seperti cina, India dan bangsa lain.

“Kita juga berasa amat bertuah apabila acara ini mendapat sambutan yang sangat hebat apabila dalam tempoh dua hari sahaja kita menerima sebanyak 6,000 penyertaan,” katanya ketika ditemui media pada acara tersebut.

Larian itu turut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd. Naim Mokhtar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar.

Pada acara itu juga, PPZ-MAIWP turut membuka kaunter info zakat dan Sahabat Zakat bagi membantu sebarang persoalan dan urusan zakat serta menawarkan 23 hadiah berupa motosikal, televisyen, basikal, telefon pintar, steel water tank dan hamper untuk peserta yang bertuah.

Program tersebut turut mendapat tajaan daripada beberapa syarikat korporat dan pembayar zakat iaitu UMW Holdings Berhad, Media Mulia, Media Prima, dan Ensteel Metal Industries Sdn Bhd serta kerjasama daripada DBKL, JAWI, PDRM, Kementerian Belia dan Sukan serta Malaysia Runners. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI