fbpx

Tunggu, saya akan jawab – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menghadiri Karnival MAIWP di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – “Tunggu, saya akan jawab, saya akan buat satu majlis nanti.

Itu reaksi ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika cuba diserbu petugas media semasa menghadiri Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023, di Dataran Merdeka hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila ‘majlis’ tersebut akan diadakan.

Sebelum beredar meninggalkan majlis, Timbalan Perdana Menteri itu sempat melambai dan ‘melemparkan’ senyuman kepada petugas media.

Difahamkan petugas media cuba mendapatkan reaksi Ahmad Zahid selepas beliau memutuskan memecat dan menggantung keahlian beberapa nama besar dalam UMNO semalam.

Terdahulu, pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan semalam memutuskan bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dilucutkan keahlian daripada parti tersebut.

Selain dua dipecat, MKT UMNO turut menggantung keahlian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan.

Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI