fbpx

Polis siasat kes khianat merosakkan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa yang disyaki dikhianat selepas meletakkannya di hadapan sebuah rumah kedai, Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terkejut apabila kereta Proton Saga miliknya dipenuhi sampah sarap, tong sampah, dan botol arak di atas bumbung kenderaannya yang diletakkan di hadapan rumah kedai, Taman Pusat Kepong, di sini.

Bukan itu sahaja, kereta tersebut turut dipancitkan kesemua tayarnya, dicabutkan nombor plat dan cermin kanan bahagian penumpang telah diconteng dengan cat hitam tertulis perkataan “no Park”.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang juga mangsa kejadian itu sekitar pukul 7.16 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai juruacara telah meletakkan keretanya di hadapan sebuah rumah kedai pada pukul 1 pagi dan bergerak mengambilnya semula sekitar pukul 9 pagi.

“Semasa mangsa ingin mengambil keretanya, dia mendapati tayar keretanya dipancitkan manakala sebuah tong sampah besar berwarna hijau diletakkan di atas bumbung kenderaan tersebut.

“Selain itu, terdapat beberapa biji botol arak dan sampah sarap telah diletakkan di atas bumbung kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, mangsa juga mendapati nombor plat keretanya telah dicabutkan manakala cermin kanan bahagian penumpang telah diconteng dengan cat hitam yang tertulis perkataan “no Park”.

Justeru itu, mangsa mengalami kerugian sekitar RM500 ekoran kes khianat itu.

“Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, terdapat seorang lelakil berkeliaran di kawasan berhampiran telah disyaki melakukan perbuatan khianat itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melakukan khianat dan motif kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI