fbpx

53,275 babi di P. Pinang positif ASF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow ketika meninjau Pusat Operasi ASF di Valdor, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Situasi penyakit demam babi Afrika (ASF) semakin meruncing di Pulau Pinang selepas 23 ladang babi komersial membabitkan 53,275 ekor babi dikesan positif wabak itu setakat hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, sebanyak 17 ladang di Seberang Perai Selatan (SPS) melibatkan 42,691 ekor babi di sahkan dijangkiti ASF diikuti dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dengan populasi babi sebanyak 2,742 ekor dan empat ladang di Seberang Perai Utara (SPU) melibatkan 7,842 ekor.

“Sehingga semalam, sebanyak 7,998 ekor babi telah dimusnahkan dari ladang positif ASF di SPS dan SPT. Kerja-kerja pemusnahan masih giat dijalankan bagi mengekang penularan penyakit.

“Bangkai babi yang di lupuskan ditanam di satu kawasan yang jauh dari penempatan awam dan tiada pembangunan bagi memastikan tidak berlaku gangguan kepada orang awam,” katanya selepas meninjau Pusat Operasi ASF di Valdor, di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 13 Januari lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF di negeri itu sebagai “bencana” selepas kes dilaporkan di 11 ladang babi komersial di daerah SPS dan SPT, melibatkan 25,000 ekor babi.

Menurut Kon Yeow, berdasarkan banci 2022, terdapat 124 ladang babi di empat daerah di Pulau Pinang dengan populasi keseluruhan sebanyak 267,348 ekor.

“Sehingga kini, masih terdapat 101 ladang babi yang belum dijangkiti penyakit ASF dengan populasi sekitar 214,073 ekor iaitu 35 ladang di SPS dengan jumlah 97,104 ekor, 60 ladang di SPU (100,600 ekor), dua ladang di SPT (5,539 ekor) dan empat ladang di Barat Daya (10,830 ekor),” jelasnya.

Menurutnya, bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjalankan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi di ladang positif atau disyaki terjangkit dalam zon jangkitan dengan berpandukan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) bagi penyakit ASF. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI