fbpx

Pelajar nekad goda pensyarah status suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semakin ramai golongan wanita yang berani bertindak mengganggu rumah tangga orang lain sehingga sanggup dijadikan isteri kedua selain menjadi punca berlakunya penceraian ke atas perkahwinan pertama lelaki itu.

Terbaharu, menerusi perkongsian video oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun di TikTok, beliau bercerita mengenai kisah sekumpulan pelajar perempuan di sebuah istitusi pengajian tinggi (IPT) yang meletakkan sasaran untuk memiliki pensyarah mereka meskipun lelaki itu berstatus suami orang.

Menurut Asma’, perkara tersebut pada awalnya diceritakan oleh seorang lelaki yang juga pensyarah di IPT tersebut yang secara kebetulan terdengar perbulan di antara pelajar-pelajar berkenaan ketika sedang makan di sebuah kafeteria.

Katanya, pelajar berkenaan beranggapan lelaki yang sudah berkahwin mempunyai kewangan yang stabil serta lengkap dengan pengalaman dalam berumah tangga.

Lebih dahsyat, pelajar tersebut turut merancang untuk berkahwin di luar negara sekiranya tidak berhasil mendapat kebenaran daripada isteri pertama pensyarahnya.

“Bahaya pelajar mata duitan kejar pensyarah. Dia tak kisah lelaki itu suami orang atau bukan, asalkan dia kaya,” kata Asma’.

Bercerita lanjut, Asma’ memaklumkan pelajar tersebut langsung tidak menghiraukan sekiranya dia dimarah oleh keluarga lelaki itu mahupun daripada pihak si isteri disebabkan sasarannya untuk memiliki pasangan kaya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan sebahagian besar golongan wanita terdesak untuk hidup kaya dengan menyasarkan suami orang untuk dijadikan pasangan hidup.

“Cinta nombor dua, janji poket tebal. Suami orang lagi jadi sasaran wanita mata duitan, sebab itu ramai jadi bini dua dan ramai juga penceraian berlaku sebab orang ketiga,” kata Azizul.

“Dia ingat kalau mengurat pensyarah, markah peperiksaan dapat semua A, sebab itu ‘kebulur’ sangat nak cari orang kaya, belajar malas,” seloroh Aryn. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI