fbpx

Op Selamat: 1,173 kereta terlibat kemalangan hari ke-9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – 1,173 buah kereta antara 1,750 kenderaan terlibat dalam kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kesembilan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah kenderaan terlibat itu, sebanyak 1,591 jumlah kemalangan direkodkan.

“Berdasarkan statistik harian polis, kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 67.02 peratus atau 1,173 kes, diikuti dengan motosikal sebanyak 15.43 peratus atau 270 kes dan pacuan empat roda sebanyak 10.91 peratus bersamaan 191 kes.

“Data kemalangan selebihnya melibatkan sebanyak 65 buah lori, seterusnya van (30), bas (12) teksi (5), traktor (3) dan sebuah basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, 241 trak pikap antara 1,891 kenderaan terlibat dalam kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelapan pelaksanaan Op Selamat, kelmarin

Daripada jumlah kenderaan yang terlibat kemalangan itu, sebanyak 1,591 jumlah kemalangan direkodkan pada hari berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI