fbpx

Banjir: 49 sekolah di Sabah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di SJKC Lian Hwa, Beaufort. - IHSAN JPNS

KOTA KINABALU – Sebanyak 49 sekolah membabitkan tujuh daerah di Sabah dilaporkan terjejas banjir.

Statistik berkenaan termasuklah enam sekolah menengah terdiri daripada 15,531 murid  Pitas, Beluran, Kudat, Kota Marudu, Beaufort, Sipitang dan Lahad Datu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Abidin Marjan berkata, daerah Beluran mencatatkan jumlah sekolah paling banyak terjejas iaitu sebanyak 18 sekolah, diikuti 16 sekolah di Kota Marudu.

“Enam sekolah terjejas akibat banjir di daerah Pitas, empat sekolah di Beaufort, masing-masing dua sekolah di Kudat dan Lahad Datu serta sebuah sekolah terjejas di Sipitang.

“Kebanyakan sekolah berkenaan terjejas sama ada berikutan kawasan sekolah dilanda banjir atau laluan ke sekolah terputus atau tidak dapat dilalui akibat banjir.

“Selain itu, beberapa sekolah juga terpaksa ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Abidin menyatakan sebanyak sembilan sekolah setakat ini dijadikan PPS di daerah Pitas, Beluran, Kudat dan Kota Marudu.

Menurutnya, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom dan SK Dandum di Pitas; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Beluran; SK Sikuati dan SK Lok Yuk Sikuati di Kudat; serta SK Ranau, SK Taritipan, SMK Tandek dan SMK Bengkongan di Kota Marudu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI