fbpx
Tangkap layar dashcam kemalangan berlaku di NKVE baru-baru ini.

Tindakan penghitaman penanda lorong dilaksana di NKVE – Nanta Linggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan tindakan penghitaman penanda lorong ‘lane marking’ bertindih di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara berkenaan telah diambil maklum olehnya selepas satu video kemalangan berlaku di NKVE didakwa berpunca dari kekeliruan pemandu dengan pertindihan dua ‘lane marking’ berbeza dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan.

Katanya, pihaknya telah dimaklumkan mengenai laporan awal melalui pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

“Pihak DASH telahpun mengenal pasti kawasan yang perlu ditambahbaik melalui proses blackening (menghitam) sebelum sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina lagi.

“DASH telah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan akan melihat secara keseluruhan kadar blackening yang diperlukan. Dijangka akan siap sepenuhnya dalam tiga malam.

Tambahnya, pihak LLM, PLUS dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak PLUS NKVE terutamanya penanda lorong kuning serta putih supaya lebih teratur, jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.

Nanta Linggi menekankan perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

“Pada masa yang sama, saya juga menyeru semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR