fbpx

Peluang Aaron-Wooi Yik tebus maruah tercalar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK dijadual turun menentang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan kedua Indonesia Masters hari ini. – AFP

BEREGU lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memiliki peluang terbaik untuk menebus kekalahan apabila dijadualkan bertemu gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Indonesia Masters hari ini.

Terdahulu, juara dunia itu terpaksa akur tewas 21-14, 19-21, 18-21 kepada Wei Keng-Wang Chang pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka India yang berlangsung di New Delhi Ahad lalu.

Pada aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta semalam, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan sebarang masalah untuk menyingkirkan rakan senegara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi 21-14, 21-9.

Justeru, Aaron menjelaskan, mereka kini mahu melupakan kemenangan itu seterusnya mengalihkan sepenuh fokus menjelang perhitungan dengan Wei Keng-Wang Chang hari ini.

“Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan hari ini (semalam). Apa yang penting sekarang adalah perlawanan seterusnya. Kami akan mempersiapkan diri untuk bertemu pasangan China nanti,” katanya.

Untuk rekod, aksi beregu No .2 dunia itu dilihat semakin menunjukkan peningkatan selepas tersingkir di pusingan kedua pada Terbuka Malaysia apabila turut tewas kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI