fbpx
Mayat seorang lelaki mati terbaring di atas tanah ketika polis mengawal kawasan di Algeciras, selatan Sepanyol semalam. - AFP

Pegawai gereja maut dalam serangan bersenjatakan parang di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Seorang pegawai gereja terbunuh manakala seorang paderi cedera parah apabila lelaki bersenjatakan parang menyerbu dua gereja di selatan Sepanyol, semalam.

Pendakwa raya telah membuka kertas siasatan berkaitan keganasan terhadap serangan yang berlaku di bandar pelabuhan Algeciras, wilayah Andalusia.

“Selepas pukul 7 malam (waktu tempatan), seorang lelaki memasuki gereja San Isidro di Algeciras dengan bersenjatakan parang, di mana dia menyerang paderi itu sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

“Selepas itu, dia (suspek) memasuki gereja Nuestra Senora de La Palma di mana selepas menyebabkan kerosakan, dia menyerang pegawai gereja. 

“Mangsa berjaya melarikan diri tetapi akhirnya ditangkap oleh penyerang di luar gereja dan mengalami kecederaan yang membawa maut. Penyerang kemudian ditahan dan kini dalam tahanan polis,” demikian menurut kenyataan kementerian dalam negeri.

Dua gereja tersebut mempunyai jarak beberapa ratus meter dan terletak di kawasan yang sangat dekat dengan pelabuhan.

Datuk Bandar Algeciras berkata, mangsa yang meninggal dunia bernama Diego Valencia dan paderi yang cedera itu dikenal pasti sebagai Antonio Rodriguez. – AFP

POPULAR