fbpx

Mangsa banjir di Pahang meningkat 286 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK di Kampung Setajam di Rompin berpindah ke PPS selepas rumah mereka mula dinaiki air hari ini.

ROMPIN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 286 orang berbanding 97 orang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 84 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Seramai 117 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Setajam, 40 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Lepas manakala tujuh mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Bandar Perwira Jaya.

“Pasukan APM terus melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air dan juga kawasan berisiko banjir,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hanya Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI