fbpx

Jumlah mangsa banjir Sabah meningkat kepada 6,453 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melaksanakan pemindahan mangsa banjir di Kampung Saab, Pitas untuk dibawa ke PPS berhampiran. -Foto: Ihsan APM

KOTA KINABALU – Bilangan penduduk terjejas banjir di Sabah setakat pukul 5 petang ini mencecah 6,453 orang melibatkan 2,209 ketua isi rumah (KIR).

Jumlah berkenaan terus menunjukkan peningkatan berbanding 6,331 orang membabitkan 2,168 keluarga pada pukul 2 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah berkenaan kekal terdiri daripada penduduk dari lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

“Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di semua daerah terjejas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI