fbpx

Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri Pantai Timur berkuat kuasa mulai 27 sehingga 30 Januari ini.

Cuaca buruk itu dijangka melanda Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta seluruh kawasan di Terengganu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut meramalkan keadaan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam di kawasan perairan timur dan selatan Semenanjung.

“Ia boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter melibatkan perairan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang berisiko. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI