fbpx

2 maut, 7 cedera kereta api diserang di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan forensik merakam gambar bukti kejadian di platform stesen kereta api di Brokstedt, utara Jerman semalam. - AFP

BERLIN – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di dalam sebuah kereta api di wilayah utara Jerman, semalam.

Kejadian itu berlaku di dalam sebuah tren yang dalam perjalanan antara bandar Hamburg dan Kiel, kata seorang jurucakap polis sambil menambah bahawa tiga daripada mangsa mengalami kecederaan serius.

Suspek kemudian ditahan di stesen kereta api bandar Bredstedt sebelum dirawat di hospital kerana kecederaan ringan.

“Saksi berjaya menahan suspek sejurus selepas serangan itu sehingga polis tiba di stesen kereta api di Brokstedt,” kata polis dalam satu kenyataan.

Jurucakap tersebut berkata, siasatan terhadap motif serangan ditumpukan kepada ‘semua arah’ termasuk kemungkinan unsur ekstremisme atau masalah psikologi dialami penyerang.

Menteri Dalam Negeri Schleswig-Holstein, Sabine Suetterlin-Waack berkata, polis persekutuan dan wilayah bekerjasama untuk menentukan motif serangan.

“Bagi saya, jelas bahawa tindakan ngeri ini adalah bertentangan dengan sifat kemanusiaan,” katanya.

Polis dan petugas kecemasan mewujudkan perimeter keselamatan yang luas di sekitar stesen Brokstedt, manakala helikopter mengawasi kawasan kejadian.

Akhbar harian Bild berkata, suspek mempunyai luka di kedua-dua belah tangan ketika ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI