DUA figura hebat pentas pengacaraan ini buat pertama kalinya digabungkan mengemudi acara berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Jihan Muse dan rakan baiknya, Sherry Alhadad tidak pernah termimpi diberi peranan serta tanggungjawab besar menjadi hos acara besar tersebut yang semestinya ditunggu-tunggu ramai. AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini, pukul 9 malam. Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah AlHadad berkata, peluang diberikan umpama mimpi menjadi kenyataan, terutama buat julung kalinya ‘bersatu’ atas pentas……