fbpx

Perlu kerjasama pelbagai kementerian, agensi dalam isu penjualan ‘Tiger Pod’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 'Tiger Pod' yang dijual di pasaran.

PUTRAJAYA – Penyelesaian terhadap penjualan produk rokok elektronik atau vape seperti ‘Tiger Pod’ yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi di negara ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerjasama itu memerlukan melibatkan penglibatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi penguatkuasaan yang lain.

Katanya, pengusaha-pengusaha vape harus mengambil sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam penghasilan produk mereka.

“Kita juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan yang menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa.

“Perkara ini sangat membimbangkan ibu bapa dan guru kerana produk tersebut direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Justeru, tegasnya, ibu bapa diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, universiti awam dan swasta selain badan-badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan bahaya merokok.

“Apa lebih membimbangkan ialah apabila rokok elektronik atau vape ini menggunakan cecair bernikotin yang mana penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Akta Jualan Dadah 1952,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI