fbpx

Harap Sissy terbuka, kental jadi artis – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Siti turut menasihati Sissy Imann agar terus kental mengharungi dunia seni

KUALA LUMPUR – “Untuk jadi artis, seseorang itu perlu kental dengan sepak terajang dalam industri seni hiburan.”

Demikian nasihat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap Sissy Imann supaya bersikap terbuka dan kental untuk bergelar seorang anak seni.

Ujar Siti, 44, Sissy tidak seharusnya berputus asa walaupun menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu dalam program Famili Duo dan perlu berfikiran positif.

“Jngan putus asa kerana dalam industri seni, itulah sepak terajang yang perlu kita hadapi. Lagi-lagi bila terbabit dalam pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walaupun pedih di hati.

“Bagi saya, semua sedia maklum cara Mas Idayu memang begitu (lantang). Juri ada penjurian dan cara masing-masing dalam menegur,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang reaksi Sissy yang menangis selepas dikritik pedas oleh Mas Idayu, pelantun Nirmala itu menganggap penyanyi berusia 28 itu mungkin terkejut dan tidak menyangka menerima kritikan sebegitu.

“Saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka. Insya-Allah, lama-lama rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri,” katanya.

Siti yang ditemui ketika sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang di sini, hari ini turut mendedahkan ada menasihati kakak dan adiknya, Siti Saida dan Siti Saerah yang juga terlibat dalam program Famili Duo supaya bersedia dengan kritikan Mas Idayu.

“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan kakak dan adik saya supaya bersedia serta bertabah terutama dengan komen daripada juri.

“Juri akan menegur, netizen juga akan bercakap. Jadi tenang sahaja. Janji kita perbaiki kelemahan dalam persembahan. Itu yang saya pesan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, nama Sissy menjadi bualan ramai selepas dia dilihat menitiskan air mata apabila menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu ketika konsert keenam program Famili Duo pada Ahad lalu.

Menerusi kritikan tersebut, Mas Idayu berpendapat persembahan Sissy yang berpasangan dengan Naim Daniel ketika menyanyikan lagu Jampi milik Hael Husaini dalam versi keroncong tidak mencapai piawaiannya.

Perkara tersebut menggores hati Sissy yang berpendapat dia tidak lagi disayangi oleh muzik sehingga sanggup membatalkan pelancaran album terbaharunya yang dirakam di London pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI