fbpx

Mahir CPR, Sonu Sood selamatkan satu nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONU SOOD

PELAKON Sonu Sood berdepan kejadian mencemaskan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, baru-baru ini.

Difahamkan, ketika menghampiri kaunter imigresen, seorang lelaki secara tiba-tiba rebah selepas mengalami serangan jantung di situ.

Sonu, 49, yang kebetulan berada berhampiran bertindak pantas apabila memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan kadar segera.

Prosedur kecemasan tersebut kebiasaannya dilakukan oleh golongan terlatih apabila degupan jantung seseorang terhenti.

CPR dilakukan Sonu berjaya menyelamatkan lelaki tersebut, malah bintang Samrat Prithviraj itu kekal berada di sisi individu itu sehingga ambulans tiba.

Misi kebajikan dan kemanusiaan juga bukan asing baginya apabila sepanjang pandemik Covid-19, nama Sonu menjadi tajuk utama akhbar atas usaha membantu pekerja imigran.

Selepas sektor ekonomi dihentikan kerana pandemik, Sonu pernah menuai perhatian kerana menyalurkan sumbangan kewangan, makanan dan tempat tinggal kepada mereka yang hilang pekerjaan serta jauh daripada keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN