fbpx

Fakta menarik filem My Name Is Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
My Name Is Khan filem lakonan hebat Shah Rukh Khan dan Kajol pernah disiarkan pada 2010.

PETALING JAYA – ‘My Name Is Khan’ merupakan sebuah ‘filem balas’ kepada beberapa buah filem Hollywood yang banyak menceritakan tentang pengganas Islam.

Beberapa siri filem terbabit antaranya, The Sum Of All Fear, The Kingdom dan Fight Club merupakan filem yang secara terang-terangan menceritakan tentang keganasan puak pengganas Islam.

Pengarah prolifik India, Karan Johar menghasilkan My Name Is Khan (2010) tanpa ada peperangan besar dan hanya menggunakan watak pemuda cacat lakonan Shah Rukh Khan bagi menjelaskan perbezaan penganut Islam dan pengganas Islam.

Berikut merupakan fakta yang disediakan Facebook Peminat Bollywood mengenai My Name Is Khan:

1. Shah Rukh Khan dan Jimmy Sheirgill kembali berlakon bersama selepas filem Mohabbatein (2000).

2. Jimmy Sheirgill dan Kajol buat kali pertama berlakon bersama.

3. Karan Johar memilih Kajol berlakon dalam filem ini kerana Kajol adalah pelakon kegemarannya.

4. Watak Zakir Khan (Jimmy Sheirgill) sebelumnya pernah ditawarkan kepada Aamir Baashir.

5. Shabana Azmi sebenarnya akan melakonkan watak sebagai ibu Rizwan Khan tetapi kerana dia ada jadual penggambaran yang tertunda, dia digantikan oleh Zarina Wahab.

6. Dalam filem My Name Is Khan, Varun Dhawan dan Sidharth Malhotra bekerja sebagai penolong pengarah Karan Johar. Selepas filem ini mereka membuat debut lakonan dalam filem arahan Karan Johar iaitu Student Of The Year (2012).

7. Rumah Zakir di San Francisco adalah rumah sama yang digunakan dalam filem Full House (1987).

8. Untuk menjayakan watak Rizwan Khan, Shah Rukh Khan menghabiskan masa dengan orang yang mengalami sindrom Asperger, malah beliau pun pernah menonton video dan membaca buku yang berkaitan dengan sindrom Asperger itu untuk mengetahui cara mereka berkelakuan, bercakap dan berjalan.

9. Adegan banjir di inspirasikan dari bencana di New Orleans tetapi penggambaran dibuat di Mumbai, India, yang ketika itu dilanda musim kemarau. Untuk adegan ini diperlukan air dari 20 tangki air selama 10 hari berturut-turut, setiap tangki mengandungi 12 ribu liter air manakala sebuah keluarga seramai 4 orang memerlukan sekitar 360 liter air.

10. Filem My Name Is Khan memenangi 3 Anugerah Filmfare, Shah Rukh Khan (Pelakon Lelaki Terbaik), Kajol (Pelakon Wanita Terbaik), dan Karan Johar (Pengarah Terbaik). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI