fbpx

Aaron-Wooi Yik sudah tunjuk petanda positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-Wooi Yik terpaksa berpuas hati muncul naib juara di Terbuka India selepas tewas kepada gandingan dari China kelmarin. – AFP

JURULATIH beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menganggap anak buahnya, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menunjukkan peningkatan ketara ketika muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Terbuka India kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, juara dunia itu terpaksa akur tewas 21-14, 19-21, 18-21 kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi lebih sejam.

Walaupun sedikit kecewa selepas menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal meraih gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia), namun Bin Shen tetap gembira dengan aksi positif yang ditampilkan.

“Perlawanan hari ini (kelmarin) agak rugi kerana kita kalah walaupun sudah mendahului, namun saya fikir inilah cabaran serta sebahagian proses yang perlu kita hadapi. Selepas ini, kita perlu tahu bagaimana untuk berdepan situasi itu.

“Pada Terbuka Malaysia mereka main tidak berapa baik, tetapi berjaya bangkit pada Terbuka India. Ini adalah petanda positif mereka masih dahagakan kejayaan dan ada keyakinan untuk bangkit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Bin Shen percaya beregu lelaki No. 1 negara itu perlu lebih tenang setiap kali memimpin perlawanan bagi memastikan mereka tidak memberikan mata mudah kepada pihak lawan.

“Mereka perlu bermain lebih tenang selepas ini, yakin dan jangan ambil mudah walaupun sudah mendahului. Saya harap Aaron-Wooi Yik jadikan ia sebagai cabaran untuk kejohanan Indonesia Masters nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI