fbpx

Kes baharu mingguan Covid-19 menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-3 (ME 3/2023) bermula dari 15 hingga 21 Januari 2023 terus mencatatkan penurunan kepada 17.3 peratus atau 2,088 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 2,525 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan dan kes import Covid-19 masing-masing mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 17.1 peratus atau 2,071 kes berbanding 2,497 kes dan 39.3 peratus.

“Bilangan kes kematian turut merekodkan penurunan sebanyak 29.4 peratus daripada 34 kes kepada 24 kes selain kes sembuh berkurangan kepada 2,379 kes berbanding 3,288 kes pada ME 2.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3 ialah 10,042 turun sebanyak 7.9 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 10,901 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, bermula 25 Januari 2020 hingga 21 Januari 2023, sebanyak 5,034,521 kumulatif kes baharu Covid-19 dicatatkan, manakala kumulatif kes sembuh yang direkodkan ialah 4,987,642 kes.

Jelasnya, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,932 kes dan kumulatif kluster ialah 7,169 kluster dengan lima kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak 8.6 peratus pada ME 3 berbanding ME 2.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua turut menurun sebanyak 28.6 peratus manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak 28.6 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI