fbpx

Projek bina semula Astaka Stadium Bandaraya disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN salah sebuah premis makanan yang terlibat kebakaran di Astaka Stadium Bandaraya, George Town, baru-baru ini. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Kerja-kerja pembangunan semula Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak di sini yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 18 Januari lalu akan dijalankan secepat mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, peniaga-peniaga yang terjejas akibat kebakaran tersebut ditempatkan sementara di tapak perniagaan sementara yang akan disediakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Saya minta kesabaran semua pihak kerana projek baharu ini akan mengambil masa, dan yang penting sekali kerajaan negeri akan biayai semua kos,” katanya selepas meninjau Astaka Stadium Bandaraya di sini hari ini.

Pada 18 Januari lalu, lapan lot gerai di astaka berkenaan musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 7.30 pagi. Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Susulan daripada kebakaran itu, kesemua aktiviti perniagaan melibatkan 18 penggerai di astaka itu dihentikan atas faktor keselamatan.

Menurut Jagdeep, beliau juga telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk memeriksa keselamatan di bangunan-bangunan awam bagi mengelakkan berlakunya kejadian kebakaran seperti di astaka berkenaan.

“Saya difahamkan oleh pihak bomba, punca kejadian kebakaran di astaka ini mungkin disebabkan litar pintas dan saya telah arahkan MBPP dan MBSP memeriksa tahap keselamatan di bangunan-bangunan awam di seluruh negeri ini agar keselamatan orang ramai terjamin,” katanya.

Selain itu, bagi meringankan beban peniaga yang terjejas akibat insiden tersebut, beliau bersama Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer telah menyumbang masing-masing RM44,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI