fbpx

Polis ronda 24 jam kawasan rumah penduduk balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan rondaan di kawasan perumahan di Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Sembilan buah balai polis di daerah ini menerima sebanyak 30 borang balik kampung yang dipohon secara dalam talian sempena sambutan tahun Baharu Cina sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sehubungan itu, seramai empat pegawai dan 20 anggota sudah menjalankan rondaan di kawasan rumah penduduk selepas mereka menyerahkan borang sebelum mereka pulang ke kampung masing-masing.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan rumah penduduk bagi mengelakkan kejadian pecah rumah.

“Saya akan pastikan semua pegawai dan anggota menjalankan tugas rondaan di rumah penduduk sepanjang 24 jam.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan membabitkan kes pecah rumah penduduk yang pulang ke kampung semasa mereka bercuti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, IPD Tanah Merah juga telah melakukan satu operasi Perang Dan Pilih membabitkan kes narkotik, jenayah dan trafik di Felda Kemahang, 1,2 dan 3.

Tambahnya, polis bersama pemimpin dan masyarakat di kawasan Felda Kemahang tueut untuk memberi penerangan berkaitan Op Selamat di kawasan rumah, harta dan nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI