fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Waspada aksi berprofil tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu menyumbang banyak mata untuk pasukan masing-masing minggu ini.

PERLAWANAN berganda Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) telah berakhir dan kali ini penggunaan cip wildcard adalah pilihan terbaik buat semua pengurus dalam usaha memburu mata maksimum.

Kosmo! hari ini berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik memandangkan terdapat beberapa perlawanan yang perlu diberikan tumpuan yang lebih untuk penelitian.

Perlawanan yang memerlukan percaturan terbaik bagi mengelakkan hilang mata adalah membabitkan pertembungan pasukan gergasi seperti Arsenal yangh akan berdepan Manchester United dan Liverpool akan melayan kunjungan Chelsea.

PENJAGA GOL

PENJAGA gol Newcastle, Nick Pope menjadi pilihan utama untuk menyarung jersi No. 1 kerana dijangka tidak mempunyai masalah untuk tampil cemerlang ketika berdepan Crystal Palace.

PERTAHANAN

KIERAN Trippier diberi kepercayaan menjadi tonggak utama posisi ini dengan kebolehannya untuk menghadiahkan mata tambahan jika berjaya meledak gol pada aksi bertemu Crystal Palace nanti.

TENGAH

SOLLY March wajar menjadi pilihan pengurus FPL musim ini selepas meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketika berdepan Liverpool minggu lalu sekali gus tidak mustahil mampu menjadi penyumbang mata terbanyak ketika berdepan Leicester.

KAPTEN

ERLING Haaland boleh dianggap pilihan terbaik menggalas tanggungjawab sebagai kapten bagi saingan minggu ini kerana dia dijangka tidak berdepan masalah untuk terus menyumbang mata yang banyak apabila dijadual bertemu Wolves

PENYERANG

HARRY Kane dipilih berdasarkan prestasi semasanya yang cemerlang dan tidak mustahil mampu menjadi penyumbang mata sekali lagi ketika berdepan Fulham.

 

JADUAL PERLAWANAN

21 JANUARI

LIVERPOOL lwn CHELSEA
Siaran Langsung Astro 813, 8.30 malam

B’MOUTH lwn N. FOREST
Siaran langsung Astro On The Go, 11 malam

LEICESTER lwn BRIGHTON
Siaran Langsung Astro 812, 11 malam

S’HAMPTON lwn A. VILLA
Siran langsung Astro 813, 11 malam

WEST HAM lwn EVERTON
Siaran Langsung Astro 811, 11 malam

22 JANUARI

C. PALACE lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pg

LEEDS lwn BRENTFORD
Siaran Langsung Astro 812, 10 malam

MAN. CITY lwn WOLVES
Siaran Langsung Astro 811, 10 malam

23 JANUARI

ARSENAL lwn MAN. UTD
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

24 JANUARI
FULHAM lwn SPURS
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

PENJARING TERBANYAK

21 gol
Erling Haaland (Man. City)

15 gol
Harry Kane (Tottenham)

13 gol
Ivan Toney (Brentford)

11 gol
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

10 gol
Rodrigo (Leeds)

9 gol
Miguel Almiron (Newcastle)

8 gol
Martin Odegaard (Arsenal)
Marcus Rashford (Man. U)

7 GOL
Roberto Firmino (Liverpool)
Phil Foden (Man. City)
James Maddison (Leicester)
Gabriel Martinelli (Arsenal)
Mohamed Salah (Liverpool)
Leandro Trossard (Brighton)

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI