fbpx

Bersalin normal, Mawar Rashid timang anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR dan suami, Raf Yaakob menyambut kelahiran bayi ketiga mereka hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid bersyukur proses melahirkan bayi ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang cahaya mata perempuan secara normal, hari ini.

Mawar, 28, menerusi perkongsian Instagram memuat naik gambar bayi perempuannya yang didukung suami, Raf Yaakob di hospital.

“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta.

“Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulis Mawar.

Pelakon drama Villa Kristal itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.

Biarpun baru sahaja dilahirkan, bayi itu sudah memiliki akaun Instagram rasmi iaitu @sayangraf yang kini diikuti seramai lebih 350 orang.

Walaubagaimanapun, Mawar dan Raf belum berkongsi wajah anak perempuan mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.

Untuk info, perkahwinan pasangan itu pada 9 November 2017 terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 5, dan Raden Seri Rossabella Cinta, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI