fbpx

Pengguna KTM OKU, murid sekolah dapat tambang percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara bakal menikmati tambang percuma bermula 15 Februari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelajar sekolah rendah tidak lagi perlu membeli tiket hanya terus menaiki kereta api jika berpakaian seragam sekolah.

Jelasnya, antara golongan yang benar-benar mendapat manfaat itu adalah 150 pelajar sekolah rendah di laluan stesen kereta api Dabong ke Kuala Gris, Gua Musang, Kelantan.

“Kementerian juga akan membincangkan langkah sama kepada beberapa kumpulan lain seperti pelajar sekolah menengah dan warga emas.

“Secara prinsipnya, kami beri tambang percuma kepada semua pelajar sekolah. Namun, saya akan berbincang dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memberikan manfaat sama kepada pelajar sekolah menengah jika ada peruntukan,” katanya di KL Sentral hari ini.

Tambah Loke lagi, tambang percuma itu bagaimanapun tidak membabitkan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

“Kita berusaha untuk menambah baik kemudahan kepada golongan sasar seperti OKU, warga emas dan pelajar.

“Kita akan berbincang lebih lanjut mengenai langkah untuk memudahkan OKU kerana mereka ketika ini sudah mempunyai diskaun tetapi perlu membeli tiket dan menunjukkan kad OKU. Kita akan umumkan perkara itu sebelum 15 Februari depan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara laluan perkhidmatan komuter KTM KL Sentral dan Lapangan Terbang Subang atau SkyPark Link bermula 15 Februari ini.

Jelasnya, perkara itu diputuskan disebabkan laluan tersebut tidak mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai dengan hanya 80 penumpang sahaja setiap hari.

“Tarikh akhir penangguhan laluan ini masih belum ditetapkan, namun ia akan disambung semula sekiranya laluan itu mula mendapat permintaan dan potensi yang tinggi.

“Laluan SkyPark Link beroperasi sejak 2018 iaitu pada tahun pertama saya menjadi Menteri Pengangkutan dan kita membelanjakan RM15 juta setiap setahun untuk memastikan ia berfungsi.

“Kita juga menurunkan harga tambang, tetapi ia tidak mendapat sambutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI