fbpx

Tiga sahabat edar dadah berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Velu (kanan), Balan (belakang) dan Vedhiswaran (kiri) dituduh mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Tiga sahabat termasuk seorang warga Myanmar berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin pada 9 Januari lalu.

Mereka ialah V. Balan, 36, dan A. Vedhiswaran, 22, yang merupakan warga tempatan serta warga Myanmar, Velu, 24.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, M.Kalairasi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama mengedar heroin seberat 1,660.5 gram di sebuah pondok berbumbung di pekarangan kandang lembu di Kampung Sungai Division dekat sini pada pukul 11 malam, 9 Januari lalu.

Tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI